Text
Peran Kesultanan Bima Dalam Perjalanan Nusantara
Wilayah Bima terletak di bahagian timur Pulau Sumbawa. Pulau Sumbawa dalam lipatan sejarah terkenal dengan kelahiran beberapa tokoh ulama besar di Alam Melayu. Antaranya ialah seperti Syeikh Zainuddin bin Muhammad Badawi. Syeikh Zainuddin terkenal dengan karyanya dalam bidang tauhid yang bernama Sirajul Huda. Kitab ini adalah salah satu daripada tiga kitab tauhid yang sangat masyhur di telaah di pondok-pondok. Dua lagi kitab kitab tauhid yang ditelaah ialah Faridatul Faraid dan ad-Durr as-Tsamin. Berbalik kepada kerajaan Bima, pemerintah yang menerajui kerajaan ini rata-ratanya alim dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Bahkan mereka juga sangat tegas dan tidak memberi muka kepada kolonialis Portugis dan Belanda yang pada satu ketika berusaha hendak menguasai keseluruhan kepulauan Alam Melayu.
B0076275 | 959.862.6 ISM p | Perpustakaan Pusat (959) | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain